23 February 2009

Taklimat Perundangan Krisis DUN Perak


17 Feb - PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan satu siri penerangan khusus membincangkan kemelut politik dan perlembagaan di Perak dari kacamata perundangan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh peguam PAS, Sdr Hanipa Maidin yang juga merupakan AJK PAS Pusat.Hampir 200 orang dari kalangan pimpinan PAS Cawagan, Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Gombak hadir mendengar taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Seri Siantan, Batu Caves.Salah satu tujuan program tersebut diadakan ialah bagi memastikan kepimpinan mendapat maklumat yang betul dan mampu menguasai isu khususnya berkaitan kemelut politik dan perundangan yang berlaku di Perak.