31 May 2010

HIMPUNAN AMAN MENGECAM TINDAKAN GANAS ISRAEL

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) mengecam tindakan kejam Israel kerana telah menyekat Konvoi Kemanusiaan Viva Palestina dan menyebabkan 16 orang anggota sukarelawan terbunuh, lebih 30 orang lagi cedera.

Menurut laporan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Salah sebuah kapal dari 6 kapal untuk misi tersebut iaitu kapal Mavi Marmara dilaporkan telah diserang dengan menggunakan peluru hidup.

Dilaporkan juga bahawa mereka telah merampas kesemua 6 buah kapal Freedom Flotilla yang digunakan untuk misi kemanusiaan tersebut yang sekarang sedang ditunda menuju ke Pelabuhan Haifa, Israel untuk dipenjarakan.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut, mereka adalah dari Yayasan Amal Malaysia, HALUANPalestin, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care.

Turut berada dalam kapal Mavi Marmara, Jamiluddin Elias yang juga merupakan Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Selain itu dua wartawan Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya dilaporkan turut sama berada dalam kapal terbabit yang diserang tentera Israel.

Sehubungan dengan itu, DPPNS mengarahkan seluruh pemuda Selangor untuk turun ke Himpunan Aman Mengecam Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat jumaat 4hb Jun 2010. Himpunan akan berarak dari Masjid Kg Baru ke Kedutaan Amerika. (disarankan solat jumaat di Masjid Kg.Baru).

Kami juga menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan agar dapat hadir bersama menunjukkan sokongan yang padu mendesak agar Amerika bertindak menasihati sekutu rapat mereka itu supaya tidak bertindak diluar batas kemanusiaan.

USTAZ HASBULLAH RIDZWAN
KETUA PEMUDA

28 May 2010

DEMONSTRASI KEMPAN ANTI JUDI (KEJI)

Gambar-gambar sekitar Bantahan Lesen Judi Bolasepak Piala Dunia 2010
Di Perkarangan Masjid Al-Amaniah Batu Caves

yang di anjurkan oleh: Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak

Berita Selanjutnya: Klik Disini

27 May 2010

CERAMA UMUM ISU SESAMA

23 May 2010

CERAMAH UMUM ISU SEMASA


SEMUA DIJEMPUT HADIR

16 May 2010

RENOVETION MTD BATU CAVES

Pemuda PAS Batu Caves turun beramai-ramai untuk gotong-royong membersihakan MTD dan mengubah "WAJAH BARU" semperna World Cup 2010 bakal berlangsung pada Jun ini.

Ops.! Fasa Pertama ini yang diketuai oleh Sdr Mohd Fairuz, Ketua Unit Kerja Jemaah (UKJ) Batu Caves.


Disedia oleh:
Unit Penerangan Batu Caves